Cerita ini tentang seorang pemuda. Pemuda yang ingin berkongsi kehidupannya di sebuah pulau, yang semakin ditinggalkannya. Pada suatu saat ditawarkan berada di pulau itu, menimbulkan keterujaan untuk mencuba sesuatu yang asing dan baru. Maklumlah, pemuda. Orang muda. Hari pertama tiba, oh asing sangat tempat itu baginya. Persekitaran, paling sukar ialah untuk memahami pertuturan penduduk setempat.
Hari demi hari berlalu. Mula buang rasa malu dan asing itu, belajar untuk sebatikan diri dengan masyarakat setempat. Alhamdulillah, walaupun segan, walaupun terasa diri seperti orang luar, masih saja diterima dengan baik. Akhirnya sudah seakan-akan mereka, pertuturan, pemahaman budaya, dan sebagainya; walau masih banyak yang tidak habis dipelajari.
Teman-teman yang memberi kekuatan. Keluarga yang membantu dari belakang. Cabarannya besar juga, terutamanya sejak setahun dua kebelakangan ini. Cabaran tugas mendadak, cabaran pengajian mendadak, hanya Allah Yang Maha Pengurus. Pemuda itulah saya.
Bekerja adalah sesuatu yang saya rasa berat tetapi indah. Cara kerja yang seperti 24 jam tanpa cuti itu amat memenatkan, fokus perlu ada, lalai jangan sekali, dan bagi saya paling penting dalam apa juga kerja yang kita buat ialah DISIPLIN. Macam-macam kita lalui bersama. Daripada sifar hingganke sesuatu. Orang datang dan pergi dari pejabat kita. Ada masa sukar, ada masa senang. Ada masa sangat penat, ada masa sangat rehat. Ada masa sangat berkasih-sayang, ada masa sangat berantakan. Ada masa mewah, ada masa susah. Ada masa cukup, ada masa kekurangan. Kekuatan kita semualah yang tetap menetapkan kita melakukan apa yang terbaik menurut pandangan kita, walapun bukan untuk syarikat semata-mata, kebaikan itu akan datang untuk dimanfaat diri sendiri.
Hidup di pulau itu beribu-ribu. Ramai yang datang dan pergi dalam hidup di sana. Ada yang suka, ada yang menangis. Ada yang biada, ada yang janggal di mata manusia. Pengalaman-pengalaman ini tidak mungkin dilupakan. Ada keluarga yang prihatin juga, saya sering tersentuh dengan kebaikan keluarga kamu Assim. Keadaan masyarakat yang sangat baik termasukalh teman, jiran, para peniaga, da sebagainya. Keseluruhan sistem hidup itu sentiasa dikelilingi otang yang baik-baik, mudahan kekal begitu.
Sampai sini sahaja. Yang mula akan akhir. Saya akhirkann persinggahan di pulau Wilayah Persekutuan Labuan ini bersama kenangan-kenangan yang indah-indah. Tidak dinafi, 'nervous' juga balik ke Kuala Lumpur kerana saya tidak tahu apa yang menunggu, adakah kehidupan yang baik, atau perjalanan kerjaya yang lebih keras. Wallahualam.
p/s - my list of thanks to...
1-Assim, Mcik Nikmah, dan Pcik Hassan. Terima kasih selalu jaga saya, masakkan kari ketam, hantar makanan ke rumah, bantu saya tumpang rumah, cari rumah, kasi pinjam kereta, dan banyak lagi.
2-Ika, Marni, Kak Yani, Sheidi, Shahnan, Abg Jeng. Wonderful support dari kamu semualah yang memberi kekuatan dan semangat bekerja tanpa henti-henti. Jangan tinggal solat, banyakkan membaca buku atau suratkhabar bahasa Inggeris yeah!
3-Abg Megat dan Abg Hizam. Tak tahu nak balas semua penat lelah kalian yang sentiasa berdiri di belakang saya. Hilang kekuatan saya tanpa kalian, hilang harapan saya juga.
4-Haji Zahrin. Haji tetap cool, haji tetap positif terhadap kata-kata saya. Walaupun kadang-kadang kelihatannya saya tidak setuju dengan Haji, itu semata-mata kerja dan saya amat terharu dengan segala love dan perhatian Haji dan Makcik terhadap karier dan pelajaran saya. Jaga kesihatan Haji.
5-Geng Mamak! Bukan KL Gangster, ni Labuan Gangster. Mamas Kitchen, Choice, Kedai Gunting Rambut Wahab, Kedai kain new Store. Kita dah macam keluarga kan.
6-Zek, Izi, Praong. Sedikit warna-warna dalam hidup saya. My sorry directly to Zek atas segala kesusahan yang aku buat. Thanks kat Praong, orang Labuan pertama aku kenal, yang tolong cuci rumah mula-mula dulu. Thanks Izi yang menceriakan hidup dengan cerita 'si kiut' nya...hahahahaha...
7-Ustaz-ustaz. Walaupun saya kurang berkecimpung, terima kasih atas ilmu-ilmu yang saya cedok daripada kalian.
8-Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, SK Mutiara, Mr Robert and the band, En Kasdi, Hj Khairul, Pak Mail, dan ahli-ahli PL, sokongannya terhadap aktiviti kami tidak pernah mengecewakan.
9-Kak Zanariah, Ani, dan jejaka-jejaka sasa dan hensem di Ford! Minta halal lebih kurang. Ford rawcks! Volvo rawcks! (thx Mr Wong jugalah sebagai tauke)
10-Ahli-ahli ASB. Ramai nak list ni..... Banyak sangat saya belajar daripada anda semua
11-Abg Shahrir.... Freeennnnnnn.... Selalu sentiasa support dan layan kami yang selalu menyusahkan ni
12-Kak Zalifah.. Ini pun cikgu saya juga...
13-Iszuandy. A brother after office hour. Teman makan, tu lah gemuk sama-sama. Abg jalan dulu ye Isz..hahaha... Walaupun tak sempat Frattinis...
14-Housemate dan ex-housemate, start dr En Azimi aka Jimmy (kununlah), Farid aka Anding (kununlah), Paen, and Nas....
15-Mona, Rose, Vincent of UMW Toyota Labuan. Your team is the best, terima kasih atas support anda!
16-Jiran tetangga dan semua yang tidak tertulis..
Wassalam.
- Posted using BlogPress from my iPad
Location:MH2633 LBU-KUL



