Semalam saya sangat kelelahan. Bermula jam 7 pagi sehingga 7 malam, saya sangat tidak terhenti dengan mesyuarat demi mesyuarat dan kerja-kerja yang perlu saya habiskan.
Sampai di rumah, saya solat dan kemas beg untuk terbang ke Kuala Lumpur hari ini. Setelah selesai, barulah terasa amat lapar; oleh kerana sudah jam sepuluh malam, saya terus ke KFC di bandar sendirian. Sedang makan, saya nampak pasangan adik beradik ini.
Sang adik saya kira sekitar tadika manakala abang mungkin menengah rendah. Abang memimpin adik ketika beratur dan tunduk bertanyakan apa yang dimahukan adiknya. Jelas nampak riak wajahnya sangat penuh dengan kasih sayang. Sesekali si abang mengusap kepala adiknya yang sudah botak. Saya sangat tersentuh melihat setiap gerak geri abang itu, entah kenapa.
Hubungan adik beradik memang unik. Saya sendiri seorang abang, punya dua orang adik yang berbeza personaliti dan gaya. Tetapi tetap saya abang mereka. Susah digambarkan jadi seorang abang ini, semulajadinya saya rasa bertanggungjawab ke atas hidup mereka juga. Entah kenapalah.
Adik bawah saya tidak jauh beza umur, jadi kami membesar sama. Dengan kakak saya juga tidak jauh beza umur dan kami membesar bersama juga; tapi perkongsian dengan adik lebih selesa. Entah kenapa.
Adik yang bongsu punya beza umur jauh; 8 tahun! Saya masih ingat harus jaga dia, mandikan dia, basuh najis dia, dan bawa dia keluar main. Sehingga saya rasa amat rapat dengan dia dan saya rasa dia pun begitu. Bagi dia semuanya 'abang je'; kalau mahu mandi, keluar bermain, keluar jalan dan sebagainya mesti mahu abang. Waktu itu saya tidak pula rasa terbeban, cuma saya tidak tahu dan faham apa yang dia rasa bila dia asyik terlalu 'abang je'!. Entah kenapalah.
Saya tidak punya abang, abang ipar ada seorang. Tapi umur tidak banyak beza dan kami tidak membesar bersama, jadi secara sosial mungkin saya tidak akan dapat rasa 'ke-abangan' seorang abang, tapi saya bangga jadi seorang abang. Hiduplah seindahnya kerana hidup sangay singkat.
Kepada abang dalam gambar itu, saya kagum dengan anda!
Salam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


3 comments:
jd abang or kakak mmg bes
mandikn..tuka lampin..bancuh susu..suap mkn..dukung..kendong..
ble diorg beso lg bes
blh suh buat itu..buat ini..
kalo diorg x nk
blh ckp camni "lupa jasa2 aku nmpk"
=P
yon,
betul tu! hahahaha...
My brother pernah basuhkan berak saya dulu masa kecik2 tak pandai cebok lagi, terharu sampai sekarang saya mengenangi jasanya, tak fikir saya boleh buat benda yang serupa....
Post a Comment